LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

HARI KEUSAHAWANAN 2017

Hari Keusahawanan 2017 telah diadakan pada 22 April 2017 di sekitar kawasan kantin sekolah. Program yang bermula sejurus selesai Majlis Anugerah Cemerlang ini berobjektifkan mendedahkan bidang keusahawanan kepada murid-murid khasnya di samping mengumpul dana untuk pembangunan dan penyelenggraan sekolah.

KEUSAHAWANAN4

Acara perasmian

KEUSAHAWANAN3

Barisan pentadbir dan PIBG sekolah bersama tetamu kehormat

KEUSAHAWANAN2

Tetamu kehormat turut mendapatkan kupon bagi memeriahkan Hari Keusahawanan

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras. Beliau juga turut melakukan tinjauan dan mengambil peluang membeli makanan dan minuman yang dijual oleh para guru dan murid.

KEUSAHAWANAN1

Tetamu kehormat membuat cabutan bertuah

Di samping gerai jualan makanan dan minuman, gerai permainan serta rumah hantu, cabutan bertuah turut diadakan untuk diberi kepada pengunjung yang bertuah.

KEUSAHAWANAN5

Guru bersama murid menguruskan gerai jualan makanan

KEUSAHAWANAN7

Guru-guru

KEUSAHAWANAN6

Tetamu kehormat menjamu selera dari juadah di Hari Keusahawanan

Updated: April 26, 2017 — 12:38 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme