LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

Category: Kurikulum

PROGRAM MOTIVASI INSAN GEMILANG

Program ini telah diadakan pada 23 Januari 2018 bertempat di Dewa Sri Bayu, SMK Desa Petaling. Sasaran program ini adalah murid-murid dari Tingakatan Peralihan dan Tingkatan 1. Antara objektif program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada warga baru SMKDP ini agar terus bersemangat untuk menimba ilmu di sekolah walaupun berubah persekitaran pembelajaran, iaitu dari sekolah […]

MAJLIS PENETAPAN TARGET PT3 & SPM 2018

Majlis ini telah diadakan pada 20 Januari 2018, selepasa selesai Mesyuarat Agung PIBG. Dalam majlis ini, murid bersama dengan ibu bapa masing-masing berjumpa dengan guru kelas bagi membincangkan sasaran yang hendak diletakkan untuk murid berkenaan. Dengan adanya majlis seperti ini, ibu bapa, murid dan guru dapat duduk bersama dalam membincangkan hal akademik murid berkenaan.

MAJLIS RESTU SPM 2017

Majlis yang menjadi acara tahunan sekolah initelah diadakan pada 23 Oktober 2017 sekitar jam 12 tengah hari sehingga 1:30 petang. Sebelum berlangsung acara ini, diadakan taklimat kepada semua calon-calon SPM berkenaan dengan peperiksaan SPM yang bakal mereka  hadapi bermula 6 November 2017.

HARI BICARA AKADEMIK

Hari Bicara Akademik 2017 telah diadakan pada 7 Julai 2017, bertempat di kelas masing-masing. Pada hari ini, ibu bapa atau penjaga murid akan berjumpa secara langsung dengan guru kelas anak mereka untuk mengetahui perkembangan mereka terutamanya hal akademik. Pada hari ini juga, lembaga disiplin juga mengambil peluang berjumpa dengan¬†ibu bapa atau penjaga murid yang bermasalah […]

SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme