LAMAN RASMI SMK DESA PETALING

Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan

ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2016

Majlis Anugerah Cemerlang 2016 telah diadakan pada 22 April 2017 bertempat di Dewan Permai, SMK Desa Petaling. Majlis yang bermula pada pukul 8:00 pagi ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada murid-murid dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum pada tahun 2016.

ANUGERAHCEMERLANG3

Ucapan perasmian dari tetamu kehormat.

Prestasi dalam bidang kurikulum yang dimaksudkan adalah merangkumi pencapaian terbaik murid tingkatan 1, 2 dan 4 dalam peperiksaan akhir tahun, pencapaian terbaik murid tingkatan 3 dalam PT3 dan pencapaian terbaik murid dalam peperiksaan SPM. Guru-guru juga turut menerima penghargaan bagi mata pelajaran yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM 2016.

ANUGERAHCEMERLANG1

Pengetua menyampaikan sijil kepada pelajar.

ANUGERAHCEMERLANG2

YDP PIBG menyampaikan sijil kepada guru.

Tetamu kehormat yang diundang pada hari ini ialah Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, yang menyumbang insentif kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM.

ANUGERAHCEMERLANG5

Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang SPM 2016

ANUGERAHCEMERLANG4

Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang SPM 2016

Majlis ini tamat sekitar pukul 10:00 pagi bagi memberi laluan kepada program Hari Keusahawanan 2017.

ANUGERAHCEMERLANG6

Barisan pelajar cemerlang SPM 2016 bersama tetamu kehormat, pentadbir, PIBG dan ibu bapa.

Updated: April 26, 2017 — 12:15 pm
SMK DESA PETALING © 2015 Frontier Theme